Wednesday, March 29, 2006

cuti-cuti malaysia...



hari ahad lepas aku turun kl ngan kawan aku..saje cuci mata..(asik cuci mata je..?)..kitaorang pergi bertiga..yela,pergi naik myvi,tak bolehla ramai2 sangat..kitaorang lepak kat umah akak member aku kat damansara..erm,..puas gak ar pusing kl..plan nak ke genting terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..hehe.

malam tu kitaorang ronda kj..dengan niat nak jumpa member aku yang dok kat sana.tapi niat aku satu jek..nak jumpa partner aku..yang lain tak jumpa pun tak pe,..

sampai umah partner aku dah agak malam..masa kitaorang sampai pun,dia baru bangun tido..penat keje kot..sampai jek kitaorang pun berpelukan sambil terkinja2 cam orang utan..(orang utan kah aku?? hehe..) excited la katakan..jumpa buah hati..teruja sesangat..member aku pun tersengih-sengih kambing tengok kitaorang,..

pastu aku dok lepak ngan partner aku je..yang lain kendian pun tak pe..banyak yang kitaorang borakkan,..niat hati nak tido kat situ jek tapi tak boleh sebab esoknya kitorang ada urusan seri paduka baginda yang nak disetelkan..nak buat camne?dah terpaksa..

masa nak balik,sayang bagi aku kotak..erm,..cantik jugak kotak tu..tapi kotak tu kosong..dia tanya kat aku..

"honey nak isi apa dalam tu..??"

aku sekadar tersenyum tapi penuh bermakna.aku diam & tak bagi apa-apa jawapan pun..

tau aku isi apa???
hehee..sesuatu yang cukup bermakna..malah terlalu bermakna..

"kenangan,cinta dan rindu pada dia..."

walaupun sekejap tapi aku puas dapat tengok muka dia..hari ni sampai jb kul 3,terus balik kota sebab mak aku suruh balik..knapa?suruh take over keje akak aku jaga kedai..nasib baik aku tak de kelas...so,bercuti lagi kat umah ngan mak abah aku..

aku rasa hidup aku cukup lengkap sekarang ni..sebab aku dikelilingi orang2 yang aku sayangi dan menyayangi aku..love u all..!!!

me and my bestfriend...






hehe..lama tak jenguk..minggu lepas aku memang agak busy.sebab???semuanya sebab-sebab yang tak masuk akal..hehe..tapi yang penting hari jumaat lepas aku jumpa kawan baik aku..dah lama tak jumpa dia..beberapa malam sebelum tu,aku asik mimpi yang buruk je tentang dia..aku diburu kerisauan yang tak terbendung..so,jumaat tu,pas setelkan urusan seri paduka baginda aku tu,aku cam bosan giler..so,aku niat nak lepak kat cs..apa yang aku cari??aku pun tak tau..

ingat nak jalan sambil cuci mata jek tapi terkopak plak duit aku..takpela,..lagipun cam dah lama tak mengoyakkankan purse aku ni..pastu belasah kek sampai cam nak muntah..sorang2 gak..nape aku cam asik sorang2 je ni?aku pun tak tau..

dah puas cuci mata,aku balik..sampai terminal larkin,aku call eina (bespren aku)..tetiba nak jumpa dia.aku plan nak turun BP jumpa dia tapi dia ada kat taman U.so,dia suruh aku ke sana..seronok + bimbang nak jumpa dia..kenapa?aku pun tak tau..

jumpa dia,aku teman dia g utm sebab dia sibuk ngan tesis dia..kengkawan dia pun sume turun sana.dapatla aku jumpa ngan classmate dia ambil berkenalan..cewah!..

dah setel sume urusan dia,baru kitaorang lepak sesama + borak2 tentang life..erm,..aku bagitau dia pasal mimpi aku..dia kata..

"agaknya maksud mimpi tu,nak aku mintak maaf kat ko.yela,kan aku banyak buat salah kat ko.takut tak sempat nak mintak maaf plak.."

sedih aku dengar dia cakap camtu..menitik air mata aku tanpa aku sedar,,..tapi sempat gak aku cubit dia sebab cakap yang bukan2..

aku pandang muka dia..pandang puas2..makin lama aku pandang makin sayu hati aku..sebab?aku pun tak tau..malam tu aku tido umah akak dia..heheh..dia masak..erm,..cam tak caya jek..soknya,dia hantar aku balik..masa borak kat dalam kete aku pandang muka dia..air mata dia berlinang..!!!kenapa?aku pun tak tau..aku tanya dia tapi....

banyak yang pernah berlaku antara aku dan eina..kitaorang pernah jadi kawan dan musuh..pernah kehilangan sayang seorang kawan dan pernah menanti dan mengharap kasih seorang teman..mungkin orang lain tak faham..tapi bukan tugas kitaorang untuk buat orang faham..yang pasti,dia tetap kawan aku sampai bila-bila....



"aku sedih melihat dia sedih..aku gelisah melihat titik air matanya..dan aku resah andai dia pergi..kenapa??sebab dia teman yang cukup istimwa dan takkan pernah ada gantinya.."

Thursday, March 23, 2006

kawin-kawin..??


aritu masa aku sibuk kemas surat khabar lama yang memang dah menimbun kat umah aku tu,aku terjumpa satu artikel yang aku nak share kat sini..c'mon,lets check it out...


LONDON 2 Feb.-Sejarah tercipta dalam sejarah ketenteraan Britain hari ini setelah sepasang pasangan lesbian melangsungkan perkahwinan di bawah undang-undang orang awam yang baru dilaksanakan di negara ini.
Pasangan Sonya Gould,19, dan Vanessa Haydock,18, kedua-duanya anggota tentera darat berpangkat prebet di unit logistik telah disatukan di sebuah pejabat daftar perkahwinan di Chippenham,Wilsthire, di barat England.
"Kami gembira kerana dapat melangsungkan perkahwinan ini lebih-lebih lagi psetelah mengetahui kami adalah pasangan lesbian tentera darat pertama yang berbuat demikian,"ujar Haydock sebelum mencium pasangannya Gould di hadapan sahabat handai dan keluarga yang hadir.
Kementerian berkenaan telah mengharamkan kemasukan anggota tentera baru daripada golongan gay dan lesbian sejak Febuari tahun 2000.
"Kami gembira sekiranya terdapat anggota-anggota tentera yang menjalinkan hubungan sesama jantina dan mampu hidup gembira selepas berkahwin,"tambah jurucakap tersebut.
p/s; aku doakan mereka bahagia..

YESS!!!


haha..exam dah habis!!teruja giler beb!seronok tak terhingga..almaklumla,exam kan masa yang paling mengstresskan dalam hidup aku..so,aku kembali happy..hihi..

aku nak wish tahniah kat member aku yang baru dapat baby,..ish,tak sangka dah jadik mak orang..dulu masa sekolah kemain brutal lagi minah tu,...tapi dah jadik isteri orang..ada gak yang tanya,..'dah sedia ke nak jadik isteri orang??'

hihi..nak pengsan dengar..tapi lau ikutkan hati nak jugak aku jawab camni..'memang dah jadik isteri orang pun..tapi isteri pada *******la..hehe'tapi lau aku jawab camtu,diaorang plak yang pengsan.so,oleh kerana aku ni budiman maka biarla aku sorang je yang pengsan..hihi..

lama tak jumpa partner aku..hihi..tetiba teringat plak kat dia..ok cukupla tu..

minggu depan aku nak jumpa bespren aku..lama gak tak jumpa dia...dia nak celebrate birthday aku in advance sebab 26hb tu dia dah kene daftarkan diri kat kl..ish,jauhnya..nape sume orang nak pindah ni???aku pun nak pindah jugak ar..hihi..sape nak ikut aku pindah???jom kita pindah sesama..!!!

Tuesday, March 14, 2006

mendapat kembali apa yang hilang..




Wups..! sebenarnya aku lum buat kenyataan akhbar yang aku dan ‘dia’ dah pun berbaik semula dan couple macam dulu..”18 hb febuari 2006 ; 1:19 am” tarikh dan masa yang menjadi saksi dia melamar aku semula untuk menjadi teman hidup ‘dia’ untuk kali kedua..walaupun situasi kali ni agak berbeza sebab jarak yang memisahkan kitaorang,,..tapi aku harap ‘dia’ akan terus setia…

Kenapa aku terima ‘dia’ semula??..ntahla…aku nak buang yang keruh dan cuba kutip yang jernih..apa yang belaku dulu,akan aku jadikan pengajaran dan sempadan supaya luka itu tak berdarah semula…lagipun aku masih sayangkan ‘dia’ dan sayang tu, tak pernah berubah..

Yang pasti,kali ni aku dan ‘dia’ nak focus pada impian kitaorang..ermmm…jangan tak tau, kitaorang ada banyak impian yang nak dicapai sebelum takdir memisahkan kitaorang..huhu…

Doakan semua impian kami akan jadi kenyataan..

Wednesday, March 01, 2006

hari yang indah..!


Lama tak memblog.. ada tak yang rindu kat aku ni? Ececeh! Perasan..! erm,hari ni mungkin hari yang indah untuk aku..nak tau kenapa?aku cuma tau satu sebab je..yang lain tu,..aku pun tak tau kenapa hari ni aku rasa cam hapy jek..kihkihkih…

Sebab hari ni partner aku @ sayang aku..(ceh! malu plak..hihi..;) ) naik pangkat..dia happy sangat2 so secara tak langsung aku pun terhappy sekali..walaupun dia baru keje tak sampai 2 bulan,tapi mungkin rezeki dan berkat kerajinan dia, semua tu jadi kenyataan..

“semoga apa yang sayang impikan akan jadi kenyatan…”

selebihnya, sejak aku bangun tido arini,aku rasa cam nak tersenyum je..walaupun risau sebab sok aku ada exam paper akaun tapi,aku cam happy plak..cam misteri tak??eeee….

sekarang ni,kerisauan aku dah menurun sikit untuk paper sok,..sebab tadi aku dah jumpa lecturer untuk confirmkan beberapa benda yang dari semalam mengkonpiuskan aku..ceh! aku ni macam best student plak..hehe,..jangan jeles haaa….

sejak beberapa menjak ni.aku selalu sangat terfikir tentang kawan2,cinta dan impian..erm,..apa yang aku cari?agaknya aku mencari perkaitan antara semua benda2 yang tu kot..erm..

result SPM dah keluar!!!! mungkin ada yang tak peka langsung tentang result SPM ni..especially,bagi mereka2 yang tak ada adik beradik atau sepupu sepapat dan yang sewaktu dengannya yang amik SPM.tapi, aku sangat2 peka sebab adik aku amik SPM & STPM tahun lepas…kompius ke??maknanya aku ada 2 orang adik pompuan yang amik exam..

aku memang menanti result budak2 ni..dan hasilnya,..

“ALHAMDULILLAH”…result SPM adik aku boleh dibanggakan..walaupun adik aku tu student lompat..mintak2 dapatla masuk matrik@masuk U..tu la harapan seorang kakak..ishk!..hehe..berperasaan plak aku ni..hihi.sekarang kitaorang tunggu lagi satu result..berdebar rasanya..sama2 kita nantikan..hihi..

ok,..chow chin chow!!!