Wednesday, April 26, 2006

cerita pasal tahun yang dah berlalu..



Hari ni genapla umur aku 22 tahun..bila ingat umur aku yang makin bertambah,..airmata menitis..makin lama makin laju…ada sesiapa yang mengerti???pandang kiri,pandang kanan..cam takde je..tapi takpe..

Setiap tahun,..malam hari jadi aku,aku pandang langit yang kadang kala berbintang dan kadang2 tak berbintang langsung…aku cuba berbicara pada bintang…aku ingin bintang mendengar apa yang ingin aku sampaikan..dengarkah bintang???

Aku pandang ke luar tingkap…tiba2 hati ini sayu…wargh!!!nape cam sedih ni??erm,..aku ingat lagi,tarikh ni, tahun 2004…dah 2 tahun berlalu..aku dapat surat dari seseorang yang pernah jadi kawan aku..dan sekarang…..

Sejak tu,setiap tahun pada tarikh ni,aku berazam untuk menjadi kawan dia semula…tapi malangnya…setiap tahun takde apa yang berubah..aku hanya berdiam diri dan membatu bila jumpa dia..kenapa?

Mungkin sebab masih ada luka yang belum sembuh..harap dia mengerti bahawa aku bukan ingin menolak erti sahabat dari dia tapi aku belum punya kekuatan…

**pe pun,thanks yang tak terhingga pada semua budak umah aku,1303..hehe,..untuk surprise parti malam tadi..terharu sesangat..walaupun dekat 2 jam korang tunggu sebab aku balik lambat..ampun! tahun depan buat lagi he..hihi…**

aku beruntung sebenarnya..ramai yang sayangkan aku..ye ke???perasan!..hihhi..

Monday, April 24, 2006

cerita tentang impian...

Bila bercerita tentang impian..aku sebenarnya ada banyak impian..sama macam orang lain..samada impian yang masuk akal atau yang tak masuk akal..

Impian aku yang masuk akal…

*aku nak cepat2 habis study..rasa cam dah berkarat study..ilmu pun cam dah nak penuh kat dada ni..cewah!..

*nak bahagia kan mak abah..nak beri segalanya yang mereka impikan selama hidup ini..tu jela mak abah yang aku ada kat dunia ni..kalau tuhan dah ambik mereka maknanya takkan ada lagi ganti yang lain di hati ini…

*nak hidup bahagia macam orang lain..

*nak tengok orang yang paling aku sayang bahagia dan sentiasa hapy..sentiasa tersenyum..nak tengok dia capai semua impian dia…aku nak dia ‘berjaya’ walaupun takdir dah memisahkan kitaorang…

Impian yang tak masuk akal plak…

*aku nak terbang bebas macam burung…nak terbang dengan sayap aku sendiri…melihat indahnya dunia dari kaca mata burung..kenapa?,..hanya aku yang tahu kenapa…

*aku nak terus hidup dengan ‘dia’..boleh ke? Mestila tak boleh…takpela..cukupla kalau aku boleh berangan2 untuk terus hidup ngan ‘dia’…

*berpisah ngan dia tanpa melihat setitis pun air mata ‘dia’…suatu hari nanti,kita akan terpisah tapi,andai bila masa itu tiba nanti,..aku tak mahu melihat titisan airmata dia…tapi,..hampir mustahil,kan..Tuhan, aku benar2 tak mampu….

takde tajuk..


Hehe…kenapa aku dah jarang nak update blog?nak tau ???antara sebab musabab nya ialah…

*aku cam kurang sempat rasanya..terlalu banyak assignment yang tertangguh yang buatkan aku sekarang ni cam lipas kudung…kalau online pun kejap je sebabnya carik jawapan untuk assignment yang tak siap2 lagi…

*aku cam tak berapa sihat..ntah ek,..badan rasa cam tak selesa..lately cam penat semacam…plak tu takut nak jumpa tuan doctor..

*aku cam tak cukup tido…sebab dah beberapa malam aku tak dapat tido lelama cam selalu..time dah nak pekse sume lecturer sibuk nak buat kelas ganti & kelas tambahan…nak makan pun tak sempat..tak sempat ke???hehe..letih tahap dewa..!

setakat ni tu je la sebabnya…kalau ada sebab lain, lain kali aku sertakan.hehe..pe pun,insyaAllah, aku cuba sempatkan jugak mengupdate…huahuahuah….

Thursday, April 20, 2006

jumpa dia!



Hari isnin lepas aku turun kl..jumpa si dia..tetiba je aku nak jumpa dia..nak sesangat..bukan cuma sebab rindu tapi ada perasaan yang tak bes yang menyebabkan aku tak boleh nak tangguh2 untuk jumpa dia..

Bukan sebab aku cemburu..mungkin..,,

Sebab malam tu aku mimpi buruk..mimpi pasal aku dan dia..
Bukan kitaorang gaduh..
Bukan dia ada affair ngan orang lain..
Tapi,…

Aku memang tak sedap ati..dah tengok muka dia baru aku puas hati..

3 hari aku kat sana..rasa cam tak cukup lama..tak puas tengok muka dia..sib baik la aku ada kelas arini,lau tak mesti aku masih tak balik…

aku ikut dia g tempat keje dia aritu..dia kenalkan aku pada sume budak2 kat situ..
rupa2nya dah ramai yang kenal aku melalui cerita dia..ish, kira aku glemer dalam diam la ni..

malam tu, dia bawak aku lepak kat tasik..erm,..aku terharu sebab dia kata…

“sayang janji akan setia ngan honey dan takkan sia2kan pe yang honey dah beri pada sayang..sampai bila2…”

aku diam tapi pandang tepat kat muka dia..mencari2 kejujuran dia…aku yakin,..dia ikhlas…

***biarla bahagia ini kekal selagi kita masih punya kesempatan…***

Wednesday, April 12, 2006

dia dah balik...


Partner aku dah balik..erm..tinggal la aku sorang2..sedih seyyy..masa aku hantar dia semalam dia sempat bisik kat aku..

“honey jangan nangis he..tunggu sayang balik..”

dia janji nak mintak transfer balik kt jb..mintak2 la cepat..aku rasa cam tak sanggup nak dok jauh camni…tak bes langsung..nak jumpa pun susah..

apa pun,..all the best untuk dia…

luv u sayang..!

Tuesday, April 11, 2006

petang yang me'nebes'kan..


lokasi: mcd terminal larkin..
masa: ntah,senja yang rembang kot..(rembang tu apa?)
mood:suam-suam kuku jek..tahap kebulo yang sederhana..


ada benda menarik yang aku nak cerita kat sini..benda yang aku memang tak sangka.. aritu aku dok lepak kat mcd pas class sorang-sorang..nak kata lapo tak jugak..mungkin saja nak buang masa..sedang aku syok layan blues sambil termenung manja..Tiba-tiba..

“as’kum..boleh saya tumpang duduk kat sini?"

eee….apasal la nak tumpang duduk plak.mcd ni dah tak cukup tempat duduk apa…aku bengang betul la sebab macam menganggu aku nak layan blues plak..tak boleh jadik ni..aku pun angkat muka..

erkkkk…!!macam nak pengsan..nak muntah hijau pun ada jugak..nebes..hehe.alamak,..mamat ni ke???tak berkelip kejap mata aku ni..terkedu dan terkesima..perasaan becampur baur la katakan..

sebenarnya mamat yang di maksudkan tu senior aku masa aku form 6 dulu.sebelum aku sambung study kat sini,aku pernah masuk form 6..adala dalam 3 bulan cam tu.dia ni plak ketua pengawas kat sekolah aku tu.dia ni memang menjadi pujaan di kalangan kawan2 aku temasukla pompuan2 gedik yang lain.mungkin sebab dia ni ala-ala hensem dan alim gitu..suara dia plak bila bagi ucapan memang lemak merdu selemak gulai lemak yang ada kat kedai..so,ramai la yang tersangkut dan cuba2 nak menyangkutkan diri diaorang…

aku?hehe…aku takla sampai tersangkut…Cuma aku suka tengok muka dia…lagipun masa tu aku memang dah couple ngan patner aku..so,malas nak amek port..kebetulan dalm bas dia memang selalu duduk kat seat yang betul2 kat belakang seat aku.

Satu hari tu,member aku bagi idea yang aku sumpah takkan buat lagi…

“apa kata kalau ko cube tekel abang tu…manala tau sangkut ke..boleh kita share sesama..”

aku ingat lagi dialog poyo kawan aku tu sampai sekarang..lepas penat aku timbang2 idea tu,aku pun setuju..esoknya aku bagi dia nota kecik berserta nombor telepon umah aku sekali dan sedikit ayat2 jiwang yang kitaorang karang sesame..ceh..! petang tu jugak dia telepon aku..tak sangka sungguh aku..aku pun layan tapi cam suam-suam jela..bila dia kata yang dia ‘suka’ kat aku, aku gelabah tahap cipan..tak tau nak buat apa.last-last aku buat bodo jek..hehe..sampaila sekarang..tak sangka dia muncul lagi depan mata aku..

kitaorang borak2 biasa je..aku pun cam dah takde selera nak telan burger yang kat depan mata..sekarang dia masih kat uum..aku lupa nak tanye dia amek course apa.tak lama pastu,aku mintak diri nak blah.tak tahan rasanya dok lelama kat situ..boleh kene sawan aku dibuatnya..hehe..yang lemahnya..

“boleh saya amek nombor hp awak?”

alamak,camne ni..nak kelentong tapi hp aku kat atas meja plak tu..ish, tak boleh jadik ni..dah nak kering kepala aku carik idea..

“hp saya hilangla..ni pun adik saya punya.saya pakai sementara...”

cam tak lojik je alasan aku tu.ah,bantai jela..asalkan lepas..tapi untuk tak kecikkan ati sesape aku mintak jugakla nombor hp dia walapun tanpa rela..huhuhu…fuh! lega bila aku dah sampai umah..tapi aku terpikir, mungkin ke dia fikir yang aku ni saja nak mainkan ati dia? Erm..cam bersalah plak aku rasa.tapi aku takde niat nak mainkan hati dia cuma dulu aku nak main2 je..boleh gitu?? Apapun aku doakan dia bahagia dan jumpa pompuan yang lebih baik dari aku..
cewah!!

Sunday, April 09, 2006

aku ke HAPPY an..


aku sekarang ni tengah hapy sangat2...nak tau nape..sebab partner aku dah on the way balik jb..semoga dia selamat sampai...

boleh melepaskan rindu..hehe..menghamburkan airmata...kenapa??ntahla...

aku letih..aku penat...aku hampir hilang semangat...

semoga kehadiran dia memberikan aku semangat yang baru...cewah!!