Monday, April 24, 2006

cerita tentang impian...

Bila bercerita tentang impian..aku sebenarnya ada banyak impian..sama macam orang lain..samada impian yang masuk akal atau yang tak masuk akal..

Impian aku yang masuk akal…

*aku nak cepat2 habis study..rasa cam dah berkarat study..ilmu pun cam dah nak penuh kat dada ni..cewah!..

*nak bahagia kan mak abah..nak beri segalanya yang mereka impikan selama hidup ini..tu jela mak abah yang aku ada kat dunia ni..kalau tuhan dah ambik mereka maknanya takkan ada lagi ganti yang lain di hati ini…

*nak hidup bahagia macam orang lain..

*nak tengok orang yang paling aku sayang bahagia dan sentiasa hapy..sentiasa tersenyum..nak tengok dia capai semua impian dia…aku nak dia ‘berjaya’ walaupun takdir dah memisahkan kitaorang…

Impian yang tak masuk akal plak…

*aku nak terbang bebas macam burung…nak terbang dengan sayap aku sendiri…melihat indahnya dunia dari kaca mata burung..kenapa?,..hanya aku yang tahu kenapa…

*aku nak terus hidup dengan ‘dia’..boleh ke? Mestila tak boleh…takpela..cukupla kalau aku boleh berangan2 untuk terus hidup ngan ‘dia’…

*berpisah ngan dia tanpa melihat setitis pun air mata ‘dia’…suatu hari nanti,kita akan terpisah tapi,andai bila masa itu tiba nanti,..aku tak mahu melihat titisan airmata dia…tapi,..hampir mustahil,kan..Tuhan, aku benar2 tak mampu….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home