Monday, December 19, 2005

"motorcross championship"



erm..lame tak jengah blog.dah 2 hari ni,aku memang busy giler.nak tau nape?sebab aku berserta adik2 dan kakakku membuka gegai kat tapak motorcross championship yang diadaka selama 3 hari bermula16 hingga 18 Disember..kejuaraan ini sebenarnya berperingkat Asean yang juga disertai oleh pelumba dari luar negara.sambil2 tu,ada jugak pelumba jemputan dari Australia,Hongkong dan Scotland..ok,apa yang menariknya tentang acara ni?pada aku la,memang menarik giler..sebab aku memang suka sukan ni.especially bila moto tu lompat tinggi masa lalu kat bukit yang ada kat trek tu..peh,,..be giler ar..memula tu sebab teruja giler,aku pun decide nak join club ni.tapi bila caka ngan mak, mak kata..

"tak payahla join2 camni..ngeri mak tengok orang tu lompat cam2..tak payah la ye??"

aku pun cubela yakinkan mak yang sukan ni memang best..dan takde ape yang nak dingerikan pun..tapi,masa kejohanan tu tengah berlangsung ,ada plak sorang mamat ni jatuh masa tengah buat aksi lompatan.akibatnye,dia patah batang hidung dan patah tangan..pastu masa on the way balik tu,abah kata..

"tak payahla ju,nanti lau patah2 cam orang tadi tu macam mana?kan susah?nanti camne nak study?camne nak cepat abis?betul tak cakap abah?tak payahla,..."

alamak,ingatkan abah boleh sokong cadangan aku tu.sebab selalunya abah akan sokong apa yang aku nak buat tapi takpela,ada betulnye jugak cakap makabah.aku pun akur dalam kepasrahan...cewah..
kalau aku betul2 join,maknanya aku adalah ahli wanita yang kedua menyertai kelab tu.ceh,baru nak bangga sikit...dah tak dapat nak merasa..tapi,ahli perempuan yang pertama tu,bukanla perempuan sangat pun.maksud aku pengkid la...tapi,dia dapat nombor 2 untuk keseluruhan..hehe..cayalah..hensem plak tu..boleh usha??hehe..pepun,aku tumpang berbangga dengan kecemerlangan dia..
kesimpulannya,sukan ni memang bagus untuk golongan belia bagi mengelakkan diri dari pengaruh dadah dan anasir2 lainnya..aku sokong langkah kerajaan mewujudkan sukan ini dan kemudahannya di kawasan felda yang suatu ketika dulu memang banyak sangat kes dadah dan pecah rumah..(rumah aku pun dah banyak kali kene pecah..huhu..)
wokey,aku pun dah macam nak demam dek kerana kepenatan yang terlampau..so,pasni nak rehat cukup2 dan nak g mandi laut dengan kakli dan adik2ku yang bengong tu,puas2...laut..!!!kami datang menyerang...!!!hehe takut tak??


2 Comments:

Blogger CiK Jim o(>,<)o said...

hi...wah3...dah tkap cntan ke sumer bdk peng 2???hek3... mcm bes jek mtorcross 2...Dlu sya suke tgk mtor 2...coz looks unique... mcm grasshpper...haha...

Wednesday, December 21, 2005  
Blogger lara said...

haha..jtuh cintan??lum lagi la shajime..nantila..kan awak yang kene carik kan untuk saya..?lupe??haha...:p

Tuesday, December 27, 2005  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home